Hampir sebulan 1 minggu saya kat Jepun, baru saya sedar yang sebenarnya saya boleh hidup tanpa handphone. Yup! sebulan lebih handphone ku tidak berbunyi dan sepanjang sebulan lebih ni juga saya tak dengar langusung bunyi sebarang ringtone. Naik train ker pegi shopping ker atau ke mana-mana saja. Inilah yang akan anda rasai bila berada di Negara Matahari Terbit. Mereka tidak menggunakan sebarang ringtone walau secanggih mana pun handphone tu. Terasa seperti kembali ke zaman-zaman takde handphone.
Perkara yang penting bila naik train kat Jepun ialah SILA SILENCEKAN handphone....mmg tak pernah langsung dengar bunyi handphone dlm train....harap-harap lepas ni bila balik Mesia saya tak lupa ringtone handphone sendiri.
p/s: weekend ni ada Homestay. Dapat family yang ada anak kembar perempuan umur 7 tahun. hehehe..harap2 dapat pengalaman menarik nanti..doakan diaorg bawa saya pegi tengok Gunung Fuji..hehehe
Jun 25, 2009
HANDPHONE AND RINGTONE
Posted by sheem at 4:07 AM 1 comments
Labels:thebeginning life in Japan
Jun 21, 2009
TOKYO DISNEYLAND
Ngan Mickey Mouse
Adalah dinasihatkan kepada sesiapa yg bercita-cita nak bawa anak kecil ke Disneyland, simpan je la cita-cita tu. Sangat penat. Orang sangat ramai dan tak larat nak beratur. Kalau tak, tak berbaloi bayar mahal tapi tak main game. Paling lama kita orang beratur dekat 2 jam nak main satu game tu. Nak main Marry Go Round pun giler punya beratur. Kalau ada tiket Fast Track pun tetap kena beratur. Out of 40++ , kita org dapat main 10 jer game. Itu pun sehari suntuk kat situ, sampai Disneyland tu tutup la..
Posted by sheem at 1:05 AM 1 comments
Labels:thebeginning Tokyo Disneyland
Jun 17, 2009
[ Sekolah Siri 1 ]
大戸小学校
----------------AKTIVITI MAKAN-MAKAN SETIAP HARI ---------------
Posted by sheem at 7:27 AM 4 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)