Feb 12, 2009

Be My Valentine

Orang kata tak baik sambut valentine day tapi kalau nak berkasih sayang sesama kawan-kawan, family ngan sedara mara takpe. So, sempena valentine day esok, saya ada satu wish list yang kalau ada sape-sape yg nak mengekpresikan kasih sayang kat saya boleh jer tak banyak skit jer…






I wish....

1. Laptop cap Apple Kena Tokak


2. Senang nak basuh baju






3. KotakX 360 Elite System utk mengisi masa lapang


so, kepada semua kawan-kawan adik beradik yang nak ekspresikan kasih sayang anda kepada saya sila...silalaa..jgn malu-malu

Feb 10, 2009

kita akan pergi bila-bila masa

entri yang singkat ini khas untuk semua...

semalam satu berita yg mengejutkan.ayah kepada sorang teman baik saya telah kembali
kerahmatullah...innalilllah. beliau berada jauh di perantauan.demi segulung ijazah.namun yang pergi takkan kembali.kadang-kadang berita seperti ini penting untuk mengejutkan kita yang sering terleka...

saat kita berjauhan dengan keluarga kadang-kadang terdetik dihati mampukah kita menghadapi situasi seperti ini....tuhan takkan menguji hambaNya yang tidak mampu menanggungnya!!


untuk sahabat saya itu,
farah, aku tahu ko sedih tapi kau perlu kuat.kalau tak mak kau takkan kuat utk hadapi semua ni.setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.moga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..