Jan 1, 2010

2010

HAPPY 2010 !

semangat! semangat!





semoga kita semua akan tabah utk menembuh cabaran dan dugaan yg akan datang!

Sep 1, 2009

Ramadhan dan Cabaran

sekian lama tidak berupdate.sibuk.hehehe...


SALAM RAMADHAN untuk semua.......
* kita sentiasa diduga dengan macam-macam cabaran tapi, dugaan itulah mendewasakan kita. selamat berpuasa utk semua.

Jun 25, 2009

HANDPHONE AND RINGTONE

Hampir sebulan 1 minggu saya kat Jepun, baru saya sedar yang sebenarnya saya boleh hidup tanpa handphone. Yup! sebulan lebih handphone ku tidak berbunyi dan sepanjang sebulan lebih ni juga saya tak dengar langusung bunyi sebarang ringtone. Naik train ker pegi shopping ker atau ke mana-mana saja. Inilah yang akan anda rasai bila berada di Negara Matahari Terbit. Mereka tidak menggunakan sebarang ringtone walau secanggih mana pun handphone tu. Terasa seperti kembali ke zaman-zaman takde handphone.

Perkara yang penting bila naik train kat Jepun ialah SILA SILENCEKAN handphone....mmg tak pernah langsung dengar bunyi handphone dlm train....harap-harap lepas ni bila balik Mesia saya tak lupa ringtone handphone sendiri.


p/s: weekend ni ada Homestay. Dapat family yang ada anak kembar perempuan umur 7 tahun. hehehe..harap2 dapat pengalaman menarik nanti..doakan diaorg bawa saya pegi tengok Gunung Fuji..hehehe

Jun 21, 2009

TOKYO DISNEYLAND





Tiket masuk 5800 yen@RM230.00





muka-muka kepenatan terpaksa beratur 2 jam utk main roler coster yang tak sampai 2 minit!!!!




Game ni sangat best. Recomended game..



Ala-ala aiskrim murah jer kat Mesia. Tp sebab Diney punya rupa terus jadi mahal. 260 yen@RM14.00






Ada juga org jual UNBIRTHDAY CAKE..



ni dalam It's A Small World


Tgh tunggu nak tgk wayang 3D. best la..mcm real je tikus naik atas badan..geli wey!


Ni yang ditunggu-tunggu semua org yg gi Disneyland. Parade show. Macam-macam karektor ada..

Akak Snow White


Beauty and the Beast





Dalam Rumah Mickey Mouse


Ngan Mickey Mouse

Adalah dinasihatkan kepada sesiapa yg bercita-cita nak bawa anak kecil ke Disneyland, simpan je la cita-cita tu. Sangat penat. Orang sangat ramai dan tak larat nak beratur. Kalau tak, tak berbaloi bayar mahal tapi tak main game. Paling lama kita orang beratur dekat 2 jam nak main satu game tu. Nak main Marry Go Round pun giler punya beratur. Kalau ada tiket Fast Track pun tetap kena beratur. Out of 40++ , kita org dapat main 10 jer game. Itu pun sehari suntuk kat situ, sampai Disneyland tu tutup la..

Jun 17, 2009

[ Sekolah Siri 1 ]

大戸小学校
bersemangat budak-budak ni sambut kedatangan kami

nama ngan bendera lagi diaorang sediakan


kasut ni kena pakai dalam kawasan bangunan sekolah.so, cikgu-cikgu tak yah berangan nak pakai high heels ala-ala 10 inchi...heheh




Budak-budak darjah 6


beg-beg ni diaorg isi..ermmm...barang-barang la senang citer


ni beg sekolah diorng..sebijik dekat rm800 tuu...mahal giler!


ni pakaian masa diaorg nak serve makanan kat kawan-kawan. diorg tak makan kat kantin.tak de pun kantin. makcik kantin tu letak je kat luar kelas, pastu diaorg serve sendiri. cikgu pun makan sekali dlm kelas..syok tu makan free hari-hari.
sangat menjaga kebersihan

budak baju biru tu bagus sgt. ala-ala ketua darjah gitu.

ni menu utk hari ni. yang best tu lauk ada lebih la dalam 4-5 ketul pastu kalau sapa nak tambah dia jerit dalam kelas tny ada tak lagi sapa yg nak tambah, kena angkat tangan. pastu gi belakang kelas, kalau ramai kena main jankenpon ala-ala osom tu.sapa menang dia dpt la ambil lauk tu. cute sangat. tak berebut pun.

kebetulan masa masuk kelas tu, kelas pendidikan seni. kena lukis gambar ni. giler tuh. dah la tangan kayu... siap kena wat sama-sama ngan budak-budak.


ni kumpulan saya..sangat aktif yer yg baju kelabu tu ngan budak perempuan tu. mcm-mcm dia tanya. nape pakai tudung? tidur pakai ker? tak panas ker? penat gak la nak jawab tp best.

ni la hasil keras tangan ku semasa dalam kelas tadi. walau pun agak hudos tp tetap budak-budak tu kagum sebab bkn org jepun dapat lukis mcm ni....kembang sekejab....hehehehe
----------------AKTIVITI MAKAN-MAKAN SETIAP HARI ---------------

muka penuh kegembiraan bila dapat makan walau pun tak sedap sgt.


antara menu setiap hari. cip warna biru kena ambil masa nak order ngan nak bayar. dah tak tertelan dah sebab yg halal nyer skit jer. tanda halal akan diorg ketak kalau mknn tu halal.


kalau nak makan yg set pun ada. menu ni dioarg tukar hari-hari. ikut la kadang-kadang sedap kadang-kadang tu...ermmm.....


ni menu yg saya makan hari ni. lauk ayam tu sangat tak rasa apa-apa. campur sos cili baru la boleh telan....terbayang laksa penang yang sedap tu!!! mak balik nanti wat laksa!


epal sebiji RM 8.00 jer!